CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 23, 2009

tuju kemenangan atau kesyahidan...


bismiLLAH...
alhamdulillah...atas nikmat islam dan iman yang Allah kurniakan kepada kita...
kita masih bangun pada hari ini dengan suasana aman, damai, harmoni...
tiada kedengaran ledakan bom...
tiada tangisan anak kecil yang mencari ibu bapanya...

kehidupan kita di Malaysia jauh berbeza dengan saudara kita di PAlestin...
mereka berjuang tidak kira masa...
pernahkan kita fikirkan apa sumbangan kita kepada ISLAM...?
mungkin kita tidak diberi kesempatan untuk berperang di Palestin...
tetapi banyak cara lagi yang boleh kita lakukan untuk menyumbang kepada daulah ISLAM...
ana nak cerita pengalaman ana dalam menyampaikan dakwah..
memang sometimes kita dihina..kita dikutuk...tapi jika bandingkan dengan apa yang telah Rasulullah s.a.w. telah lalui semasa menyampaikan ISLAM lagi perit...pedih...
pengalaman Rasulullah menjadikan ana lebih kuat untuk berjuang...
ana bukan bersekolah agama..tetapi mengambil aliran agama...
persekitarannnya bukanlah seperti yang ana inginkan...
demi ilmu ana kuatkan juga semangat...
memang susah nak beritahu orang lain tentang kebenaran...
kadang kala orang pertikaikan hukum Allah..
apabila kita buat peraturan baru untuk kemaslahatan pelajar muslimah,
ada sahaja pihak yang pertikaikan...
"kenapa macam ni.??? Rimaslah...nak tukar sekolahla kalo macam ni..."
kadangkala nak letak sahaja jawatan ni...
namun, kalau ana tinggalkan, kemungkaran still berlaku..
ana nakkan kemenangan agar islam terus tersebar...
bukan setakat syahid...ana inginkan kemenangan juga...
supaya ISLAM agung kembali...
kita akan sedikit demi sedikit kehilangan rakan...
kerana kebenaran yang kita bawa...
tetapi ana percaya pada janji ALLAH..
"Allah pasti akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya" (Al Hajj-40)
ana lebih pentingkan pandangan ALLAH...daripada pandangan manusia...
ana tidak mahu di akhirat ana disoal ,mengapa kau tidak mencegahnya sedangkan engkau punya kuasa..?? Dosa ana terlalu banyak untuk ditanggung...apatah lagi nak menanggung dosa di atas kesalahan orang lain yang kita tidak dapat cegah...
jika antum seorang pemimpin, lakukan tugas antum dengan sebaiknya...
laksanakan hukum ALLAH tanpa gentar...
kerana balasannya syurgaNya memang manis...
memang jalan ini pahit...pedih...
Namun fikirkanlah, inilah perjuangan kita sebagai muslim...
saudara kita sedang berjuang tanpa peluru, tanpa senjata...
mereka mengharapkan pejuang ISLAM akan datang yang kental hatinya...
yang berani menegakkan hukum ALLAH...Aqidah ISLAM...
persiapkan diri kita dengan ILMU..IMAN,,AMAL..dan JIHAD...
cukuplah dengan permainan dunia...
tujuan kita sekarang adalah JIHAD...
mungkin bukan di medan perang,
kita berjuang tegakkan ISLAM di sekeliling kita...

Wallahua'lam...




1 comments:

dark cloud said...

salam....
ijjat...bersabarlah... Allah lebih tahu penderitaan ijjat....
uhibbuki fillah....(^_^)
Ijjat kuat!!! yeah!!!