CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 17, 2009

SESEKALI...

sesekali kita perlu derita
sesekali kita perlu kecewa
untuk kita mengenali erti bahagia
untuk kita mengenali erti berjaya

sesekali kita perlu menangis
sesekali kita perlu terhiris
untuk kita mensyukuri nikmat yang diberi
untuk kita mengenali diri sendiri

ujian yang datang menguji kesabaran
perlu keimanan dan ketakwaan
sebagai hamba kepada Tuhan kita harus bertahan
jalan ke syurga penuh dengan likuannya
penuh dugaan dan rintangannya
hanya yang cekal dan yang tabah
pastikan menemuinya

masihkah lagi mahu menghitung
sedikit mehnahNya
jika dibanding dengan selaut rahmat dan nikmatnya
seharusnya kita rasa bersyukur dan berlapang dada
itulah tanda kasih sayang Allah
kerana kita sering terlupa
pohonkan doa kepada Tuhan
agar beroleh keredhaan...

Friday, March 13, 2009

10 orang yang solatnya tidak diterima..

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa
yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk
dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak
memelihara solat maka sesungguhnya solat itu
tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi
petunjuk dan jalan selamat baginya".
Rasulullah saw juga telah bersabda yang
bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima
oleh Allah SWT ialah:
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa
membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak
mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa
meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang
yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa
izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya
marah/menegur kepadanya lalu si isteri
memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim
serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya
dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Barang
siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada
melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka
sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan
kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah
SWT."

Aurat Wanita...???!!!plez comment this...!!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Assalamualaikum...
salam madah kembali..
ana nak bincangkan satu perkara..
ade ke istilah aurat yang dimaafkan...???
contohnya bila nk lari or tarik tali...
kalo nk hebat kenelah bukak kasut & stokin skali...
yeke...???
kalo pakai nnt licin la..x laju la..
setahu ana..Asafa Power pelari pecut dunia pon lari pakai kasut..
mmg pelik tarik tali pkai kasut...
tapi lagi pelik kalo bila waktu laen pkai stokin..tutup semua..
bila tarik tali je bukak...ade ek keringanan dlm bersukan..???
bagi pendapat ana...niat x halalkan cara..
niat kita nak beriadah..tapi cara kita dah salah dgn melanggar hukum syarak: membuka aurat...
riadah yang harus ni boleh jadi haram coz kite membuka aurat disebabkan nk beriadah..
kita beriadah utk badan sihat agar dpt beribadah kpd Allah dgn sihat, bertenaga dan sempurna..
jgn laen plak jadinya...
sila rujuk hadis di atas mengenai 10 jenis orang yang tidak diterima solatnya...
same2lah kita renungkan....
Wallhua'lam...